Sunday 7 March 2010

Pergilah bersama cahaya...








Hujan pun mengerti
bila masa sepatutnya berhenti

membawa pergi bah yang melanda bumi...


Aku pula masih begini
sendiri tidak pasti...
Samada aku mahu ataupun benci?
Sedang hari semakin pergi
adakah aku masih tidak memaafi...

Aku lupa untuk memaafkan
agar aku tidak lagi dilukakan...

Adakah aku lupa untuk menghilangkan
luka dan guris di hatiku...
Mungkin jua aku yang tidak mampu
untuk meletak ke tepi semua itu...

Aku bagai tak memahami
adakah ini dendam yang berlurah dihati?

Bukan aku tak mahu
cuma aku belum mampu...
aku masih takutkan...
serik menjadi beban...



4 yg bersuara:

joegrimjow said...

ada setengah kita tahu
tapi x mahu sebab RASA tak mampu

ManJa said...

mmm :(

muhammadthoriq said...

semua akn berlalu dan tenggelam dengan masa.

mando said...

salam

first, aku tak rasa bila kau tulis nih, kau tulis dalam keadaan yg tenang dan akal yg terang. terlalu mengikut emosi pada aku. mungkin kau akan cakap aku tak lalu pe yg kau rasa. tapi berdasarkan penulisan nih, senang utk disimpulkan ini bukan tulisan dari fikiran yg rasional.

second, having said that, pada pdgn aku, masalah merasmikan oven ni, satu masalah yg sangat lah kecil.. terlalu kecik utk dapatkan lesen pukul orang. awak duduk satu rumah dari dulu, dah kenal lama, pasal masalah oven takkan nak gaduh? bila dah duduk satu rumah tu, banyakkan timbang rasa. jangan asek nak hukum salah kawan. de benda yang kita rasa leh let go, kita let go. kalo kawan dah masak roti + butter, instead gaduh, kan ke elok makan sama roti+butter tuH? pe nak gaduh kan?

third, aku tak setuju ngan cara kau handle masalah. kalau masalah leh disetelkan dgn cara baik, kenapa nak burukkan keadaan?.. kalo kawan burukkan kita kat org laen, logik ke kita burukkan dia balek depan sumorg? then, pe beza kita dgn dia? i know it's hard.. tapi sabar itu lebih cantek. gi cakap dgn dia face to face tu lebih baek. berdamai tu sentiasa lebih baek.

fourth, sentiasa kawal perasaan. dan fikir dgn lebih matang. umur dah 20 tahun sepatutnya dah jadi aras umur yg cukup utk pikul tanggungjawab menjadi manusia dewasa. be forgiving. tolerate more.

fifth, dan maksud aku bila suruh berlembut dgn orang ramai, means tade lah berlembut sentiasa. ada masa kita kena keras. tp kita kena judge dgn baek bila kita nak keras..sebab most problems, we can solve it the easy way.

ni just cakap2 saje, nak terima leh. taknak pon takpe. timbang2kan.

sekian. assalamualaikum.

© NeW DaY >>> NeW LiFe... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart