Saturday 6 September 2008

ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Malam itu kurasakan dingin sekali. Sesekali ku rangkul tubuhku dan ku peluk erat menahan bayu malam yang mencucuk ke rusukku. Bertemankan lampu neon, sendirian aku di balkoni rumahku. Tenang sekali ku rasakan. Malam itu ingin ku habiskan jua buku The Purpose of Creation hadiah pemberian sahabatku. Fikiranku mengelamun menuju kembali ke zaman aku yang keliru dan buntu dalam mencari arah tuju. Tujuan yang ingin ku temu tetapi apa yang ku mahu ku tidak tahu.


Hidupku penuh hilai tawa, suka, gembira bagai tiada noktahnya. Leka aku entah bila akhirnya. Tetapi tidak juga aku inginkan saat ini berlalu pergi kerana aku rasakan belum puas lagi aku menikmatinya. Lalu entah mengapa aku secara tiba-tiba bertukar menjadi wara'. Masjid Jamia'ah menjadi rumahku, Al-Quran temanku dan zikrullah nyanyianku. Lagu Do You Know Where You're Going To yang menjadi siulanku; tika ku mandi, semasa memasak malah dalam langkahku menuju ke Mujamma' Syiekh Khalil sepanjang semester dulu, kini tidak lagi.


Marahku terkalah oleh sabarku. Tidurku terkalah oleh ghairahnya aku tahajjud di sepertiga malam. Malasku terkalah oleh manis yang kurasakan dalam melakukan sunnat Rasulullah. Tenang yang jarang sekali ku dapat namun sekali lagi ketenangan ini kembali ke lubuk hatiku. Di manakah kuncinya? Persoalan yang hampir ku temu jawapannya.


Ramadhan El-Karim kaulah kuncinya. Permulaanmu rahmat, pertengahanmu makfirah dan penghujungmu pembebasan dari api neraka. Padamu dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka. Syaitan pula dibelenggu semuanya. Hatiku melonjak gembira saat engkau tiba. Amalan sunat diganjari persis yang wajib dan yang wajib berlipat ganda ganjarannya. Istimewanya Laila Al-Qadr lebih baik dari seribu bulan. Apakah aku pernah mendapatnya? Ya Allah ku amat mengharapkannya lantas dapat menebus dosa-dosa ku yang dulu.


'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisaban akan diampun segala dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang'; mesej dari kawanku. Rain namanya. Bagai hujan membawa rahmat begitulah Rain datang kepadaku lantaran membuka hatiku untuk menghisab dan menginsafi diriku. 'Mudah-mudahan kamu bertaqwa'...janji Allah tidak pernah silap. Tetapi mengapa aku masih seperti dulu. Berlalunya Ramadhan, berakhirnya segala amalan solehku kumulakan kembali hidupku yang dulu.


Niatku...barangkali silap selama ini. Puasaku, terawihku, zikirku dan tadarusku bukan atas dasar cintaku pada Allah dan Rasulullah. Semuanya ini kulakukan untuk memastikan aku selamat dari azab neraka Allah. Bagi memastikan amalan yang aku lakukan di bulan Ramadhan ini cukup untuk membersihkan dosa-dosaku selama sebelas bulan yang lain. Penuh dengan kealpaan dan kelalaian tanpa ku fikir atas bumi siapa aku berpijak, dengan udara siapa aku bernafas dan dengan nikmat rezeki siapa aku bersenang. Ku ulang kembali kisah ini bagai satu putaran yang tiada hentinya.


Pertemuan ku dengan Rain ku yakin bukan kebetulan. Allah yang menetapkannya. Di kala aku asyik dengan duniaku dia datang membawa peringatan. 'Setiap yang bernafas padanya maut' tersentak aku dari khayalan duniaku. Bila dan bagaimana aku mati entah siapa yang tahu. Bagaimana andainya ini Ramadhan terakhirku? Tatkala aku melakukan dosa selepas ini sebelum aku sempat bertemu Ramadhan yang akan datang, di manakah tempatku? Syurga atau neraka? Ya Allah. Terima kasih kerana kau hadirkan Rain dalam hidupku.


Lagu Yang Kumau dendangan Kris Dayanti menerjah ke telingaku. Lamunanku terhenti. Ku gapai telefon bimbitku. Rain di talian. "Assalamualikum. Kaif haalak?", ku menyapanya.


"Waalaikumussalam. Alhamdulillah, tamaam", jawab Rain.


"Kaif Saum(puasa)...kuwayyis?",aku bertanya.


"Alhamdulillah. Kuwayyis waarjuka bilkhair kaman",jawabnya lagi. "Kholasta taqra' kitab Purpose of Creation?"


"Lissa ba'd?(not yet)",jawabku ringkas..."Shukran li haza al-kitab"



3 yg bersuara:

c's said...

Salam..

nih ad to be continued nya ke??

huhu.. sonok lak bca blog yg ad dialog2 arb nih.. sudah rindu ke bumi anbiya tp utk tinggalkn msia itu berat sekali..

mabrook alaik.. barakallahu fik.. salam ramadhan

ManJa said...

well..ManJa x terpikir lak nak wat sequelnyer...btw klu ramai sangat yg mendesak ManJa sedia je..btw jealous tgk c's radin dpt g perth..maybe some other time it's ma turn..insya Allah.

c's said...

my suggestion, better wat smbungan.. mcm tergntung je..huhu..

InshaAllah, sumday i will be ur turn lak.

btw, Lek tuh stands for bapa saudara.. dalam bhs jawa.. lupe lak nk wat note.. sowi2.

© NeW DaY >>> NeW LiFe... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart